Header Ads

MCA, MIC tiada pilihan, tinjau pakatan baru


MCA dan MIC berkemungkinan akan meninggalan BN dan meninjau menyertai pakatan baru.

Ini berikutan sikap "terus membisu" Umno mengenai kenyataan perkauman daripada parti itu, termasuk daripada setiausaha agung BN Nazri Abdul Aziz, lapor Malaysiakini.

Loading...

"Justeru, MCA dan MIC dibiarkan tanpa pilihan tetapi untuk meneruskan usaha meninjau menyertai pakatan baru yang mengambarkan niat sebenar perpaduan dalam kepelbagaian,” kata kedua-dua parti dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden MCA Wee Ka Siong dan Presiden MIC SA Vigneswaran.

Walau bagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut secara langsung akan meninggalkan BN.

No comments


Loading...