Header Ads

MCA, MIC enggan Nazri hadir mesyuarat BN


Datuk Seri Nazri Aziz tidak layak untuk menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan pada Jumaat ini, tegas MCA dan MIC.

Di dalam kenyataan bersama, dua parti komponen itu berkata pelantikan Nazri sebagai setiausaha agung BN tidak sah kerana tidak mengikut Perlembagaan parti itu, lapor Projek MM.

Loading...


“Pelantikan Nazri sebagai Setiausaha Agung BN tidak pernah dibincang atau mendapat persetujuan secara rasmi di dalam Dewan Tertinggi BN walaupun ia diumumkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis perasmian Perhimpunan Agung MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 27 Oktober 2018,” kata kenyataan itu.

“Oleh yang demikian, kedua-dua parti telah menyampaikan pendirian yang jelas kepada Urusetia Barisan Nasional bahawa Nazri tidak layak untuk menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan pada Jumaat ini.

“Sekiranya Nazri berdegil dan hadir ke Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, maka kesahihan mesyuarat tersebut akan dipertikaikan.”

Semalam, dilaporkan Nazri yang menggunakan gelaran sebagai setiausaha agung BN berkata MCA dan MIC bebas untuk membuat pakatan baru dan tidak perlu memberi alasan untuk keluar daripada parti BN.

No comments


Loading...