Header Ads

MB: Negeri Sembilan sekat penceramah tuduh PH sokong LGBT, Syiah


Kuliah agama yang “memecahbelahkan masyarakat” termasuk memfitnah kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan disekat, kata menteri besar Negeri Sembilan.

Datuk Seri Aminuddin Harun berkata sekatan itu disebabkan kerajaan negeri mahu dakwah dibuat mengikut “ajaran yang sebenar”, lapor Sinar Harian.

Loading...

“Jangan memberi ceramah yang boleh memecahbelahkan masyarakat, itu tidak betul,” katanya, semalam.

“Dia (penceramah jemputan) bagi ceramah agama di masjid, tetapi ceramahnya lebih menghukum orang, membawa dakyah yang tidak betul, mengata kerajaan PH menyokong fahaman syiah, wahabi, LGBT, itu semua tidak betul, dan orang seperti ini perlu dihalang.”

Laporan Sinar mengatakan, Aminuddin merujuk isu yang tular di media sosial berkenaan kuliah agama seorang penceramah di negeri itu yang disekat.

Mengakui perkara tersebut, beliau mendakwa penceramah terbabit tidak dibenar mengajar kerana membawa fahaman bertentangan selain boleh mendorong perpecahan.

Loading...