Header Ads

MB Johor tidak wajar ke Batam ketika ada krisis - Hishammuddin


Menteri besar Johor Datuk Osman Sapian tidak wajar membuat lawatan kerja ke Batam ketika krisis pembuangan sisa kimia belum selesai.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata lawatan itu secara tidak langsung mencerminkan kepimpinan kerajaan negeri “kurang serius” menangani isu tersebut, lapor Projek MM.

“Ini menunjukkan kerajaan kurang serius termasuk dari segi kredibiliti dan keutamaan atas apa yang berlaku di Pasir Gudang,” kata ahli parlimen Sembrong kepada media.

Loading...

“Anda tidak sepatutnya pergi ke Batam.”

Semalam, Osman berkata lawatannya ke sana dipendekkan sehari berbanding tiga hari megikut jadual asal berikutan operasi pembersihan di Pasir Gudang.

No comments


Loading...