Mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah ditemui pada 11.30 pagi oleh sepasukan polis selepas dibawa ke kawasan itu oleh seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kehilangan kanak-kanak itu, kata Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim.

Loading...

Nur Aisyah Aleya dilapor hilang ketika dalam jagaan sepasang suami isteri sejak akhir bulan lepas dan pasangan yang menjaga kanak-kanak itu dilapor menghilangkan diri selepas itu.
Sehubungan itu, polis melancarkan gerakan mencari seorang lelaki berusia 37 tahun dan isterinya berusia 40 tahun bagi membantu siasatan kes itu.

Semalam, polis menahan sepasang suami isteri di Ampang, Selangor bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak itu. - Bernama