Header Ads

Mat Sabu akui, jadi pemerintah lebih sukar berbanding pembangkang


SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengakui menjadi kerajaan pemerintah lebih sukar berbanding bergelar pembangkang.

Katanya, lebih-lebih lagi beliau kini memegang jawatan penting sebagai menteri dan perlu menjaga tutur kata.

Loading...

"Setiap patah kata akan dianalisa oleh kawan dan lawan. Susah rupanya jadi pemerintah.

"Kalau tersalah cakap maka kita kena betulkan semula segera. Kalau pentas ceramah, lagi kita pandai hentam, lagi orang tepuk," katanya di program Bicara Minda anjuran Sinar Harian hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, banyak perbezaan dirasai setelah bertukar dari pembangkang kepada pemerintah.

"Jadi pembangkang lebih mudah sebab kerja kita bangkang, kritik dan cari kelemahan lawan. Tapi dah jadi pemerintah nak berceramah pun tak sesedap dulu.


"Semua fakta kena jaga sebab ucapan kita bukan didengari di sekitar kampung itu saja malah seluruh dunia," katanya.

Selain itu, Mohamad turut berkongsi sikap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang paling dikaguminya iaitu menepati masa.

"Dulu ketika dalam parti Islam (Pas) kami dilatih baca Surah Al-Asr (Demi Masa) terutama bila nak mula mesyuarat.

"Tun Mahathir tak pernah baca surah itu tapi dia sangat tepati masa. Kalau lewat, beliau akan beritahu alasannya," katanya.

No comments


Loading...