Header Ads

Maszlee: Kasari siswa, universiti bukan tempat pengganas


KUALA LUMPUR — Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berharap pihak berkuasa  mengambil tindakan sekiranya ada unsur jenayah dalam kejadian pergelutan antara penyokong seorang tokoh politik dengan pelajar Universiti Malaya (UM) semalam.

Meluahkan rasa kesal dan kecewanya atas insiden itu, Maszlee, dalam kenyataan, berkata universiti merupakan medan intelektual terbuka yang menjadi platform untuk berbincang, berdebat dan berforum secara aman.

Loading...

“Universiti bukan tempat untuk samseng, pelampau dan pengganas. Untuk anak mahasiswa jangan malu. Ada beban tanggungjawab yang harus kita pikul untuk masyarakat. Kita harus terus ke depan melawan kebobrokan dan menyatakan kebenaran.

“Saya harap jika terdapat unsur jenayah, pihak berkuasa harus mengambil tindakan. Lebih-lebih lagi ia (insiden pergelutan) merosakkan nilai budi dan norma masyarakat kita yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Program Santai bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebuah restoran di hadapan UM petang tadi bertukar kecoh apabila berlaku pergelutan antara penyokong Najib dengan beberapa pelajar UM.

Turut tular di laman sosial video klip berdurasi 2.21 minit rakaman insiden pergelutan itu. —Bernama

No comments


Loading...