Dalam sidang akhbar bersamanya dengan Presiden Filipina itu selepas pertemuan dua hala mereka di Istana Malacanang di sini hari ini, Mahathir berkata, Mindanao yang mempunyai potensi ekonomi yang besar yang boleh dimajukan dengan kewujudan Wilayah Autonomi Islam Mindanao Bangsamoro (BARMM), akan membantu meningkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

Loading...

"Justeru, saya memberi jaminan kepada Presiden Duterte akan keinginan Malaysia untuk terus membantu dalam pembangunan Mindanao.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Presiden Duterte atas kejayaannya meratifikasi Undang-Undang Organik Bangsamoro (BOL) dan pelantikan para anggota Pihak Berkuasa Peralihan Bangsamoro (BTA).

"Saya mengalu-alukan peralihan lancar daripada ARMM (Wilayah Autonomi Islam Mindanao) kepada kerajaan sementara Wilayah Autonomi Islam Mindanao Bangsamoro (BARMM)," kata Mahathir. - Bernama