Header Ads

Lelaki warga asing masukan duit ke dalam poket polis


BALIK PULAU - Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berumur 38 tahun kerana disyaki cuba merasuah anggota polis yang mahu menyaman suspek kerana tidak memiliki lesen menunggang motosikal di pekan Kongsi, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A.A Anbalagan berkata, dalam kejadian pukul 10 pagi itu, anggota polis berkenaan menahan penunggang motosikal itu dan pemeriksaan mendapati lelaki yang merupakan pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu tidak memiliki lesen memandu.

Loading...

"Semasa hendak mengeluarkan saman, lelaki itu telah memasukkan sejumlah wang ke dalam poket sebelah kanan polis berkenaan dan anggota tersebut telah menepis tangan suspek serta memberi amaran agar tidak memberi rasuah.

"Suspek tidak mengendahkannya walaupun anggota polis berkenaan telah memberi amaran sebanyak tiga kali kepada lelaki berkenaan sebelum membuat tangkapan ke atasnya," katanya di sini malam ini.


Katanya, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM50 yang cuba dirasuah kepada anggota polis berkenaan dan pihaknya menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.- Bernama

No comments


Loading...