Header Ads

Kumpulan penganut Kristian sepakat jaga masjid ketika umat Islam bersolat


Akibat kejadian pembunuhan di Christchurch kelmarin, sekumpulan penganut Kristian mengambil inisiatif menjaga perkarangan masjid ketika umat Islam beribadat.

Dikongsi seorang pengguna Facebook, empat gambar dikepil menunjukkan beberapa individu, tidak diketahui jumlahnya, sedang mengawasi sebuah masjid yang tidak disebut lokasi tetapi dipercayai di New Zealand.


Loading...
“Menitis air mata melihat kasih sayang merentasi agama ini. Penduduk beragama Kristian menjaga masjid ketika muslim sedang menunaikan solat dan meraikan mereka,” tulis Facebook Trip Kekawan malam tadi, lapor Projek MM.

Hantaran yang dimuat naik pada 10.16 malam (waktu Malaysia) mendapat lebih 2,000 ‘like’ dan dikongsi lebih 1,000 orang.

“Kita patut lakukan perkara sama pada hari Ahad, waktu mereka pergi ke gereja,” tulis pengguna Facebook Muhd Hafiz.

“Negara New Zealand memang negara orang baik-baik, bila jadi kes macam ni (pembunuhan) memang pelik, rupanya orang luar yang buat onar,” kata seorang lagi pengguna Wafi Abd Rahim.

Kejadian pada Jumaat menyaksikan seramai 49 orang maut manakala 20 lagi parah dalam serangan bersenjata di dua masjid.

Lebih mengejutkan, penjenayah Brenton Tarrant, 28, dari Australia sengaja berkongsi aksinya itu secara langsung di Facebook.


No comments


Loading...