Header Ads

K’jaan akan kembalikan imej Malaysia sebagai negara berintegriti


Kerajaan akan terus menjalankan usaha untuk menentukan imej Malaysia sebagai sebuah negara berintegriti dikembalikan, malah menjadi lebih baik sekarang dan pada masa hadapan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading...
Beliau berkata sejak menjadi kerajaan Mei lepas, pelbagai langkah telah diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meningkatkan integriti dan governans negara.
“Sejak ambil alih, kita pastikan negara ditadbir secara bersih dan tidak didasari kepentingan peribadi sehingga menyebabkan kerugian kepada negara,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) berkenaan usaha kerajaan untuk mengubah imej Malaysia daripada sebuah negara kleptokrasi sebelum ini kepada negara yang berintegriti.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata antara usaha ini termasuk penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Jabatan Perdana Menteri pada 8 Jun lepas yang berfungsi memantau pelaksanaan program-program berkaitan secara berterusan supaya keberkesanannya dapat dilihat oleh rakyat.
- Bernama

No comments


Loading...