Header Ads

Khazanah rugi: 'Jika tahu sikit-sikit janganlah berlagak seperti bijak pandai' - Azmin jawab Najib


Menjawab gesaan pemimpin BN supaya kerajaan PH bertanggungjawab terhadap kerugian Khazanah Nasional, Menteri Hal Ehwal EKonomi Mohamed Azmin Ali berkata kerugian tersebut berpunca daripada pelaburan yang telah dibuat sebelum PH mengambil alih kuasa.

“Masalahnya sesetengah ahli politik hari ini, sering kali menteri-menteri yang telah gagal, bercakap dulu dan kemudian baru periksa apa yang telah dikatakan.

Loading...

“Akhirnya meludah ke langit, terkena muka sendiri. Ini sebabnya,” kata Azmin seperti dilapor portal Malaysiakini.

Azmin berkata kerugian paling besar Khazanah kerana pelaburannya dalam syarikat penerbangan Malaysia Airlines yang gagal memperbaiki prestasi syarikat itu.

“Meskipun benar Khazanah melaporkan kerugian RM6 bilion yang disebabkan oleh impairment (pengurangan nilai aset syarikat) yang meningkat kepada lebih daripada RM7 bilion, tetapi ini berpunca daripada semakan semula aset dan pelaburan yang telah dibuat sebelum kerajaan baru mengambil alih.

“Jika tahu sikit-sikit janganlah berlagak seperti bijak pandai (a little knowledge being dangerous)?

“Dan rasa apa? Kerugian tunggal paling besar dalam (penyata keuntungan dan kerugian) lebih RM3 bilion adalah di Malaysia Airlines kerana strategi yang dilaksanakan tidak memperbaiki syarikat itu.

“Pelaburan yang dibuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini ke dalam syarikat penerbangan itu sebelum Pakatan Harapan mengambil alih perlu dikurangkan. Bagaimana pula tentang pertimbangan fikiran yang menjadi semakin lemah (impaired),” katanya dalam satu siri ciapan di Twitter malam tadi bagi memberi maklum balas kepada pengkritik kerajaan.

“Setelah mengambil langkah-langkah ini, saya berani mengatakan bahawa Khazanah akan kembali mengaut keuntungan pada 2019,” katanya lagi.

Semalam bekas perdana menteri Najib Razak mengulas mengenai Khazanah yang mengalami kerugian sebanyak RM6.27 bilion sebelum cukai dengan berkata beliau berbangga syarikat pelaburan kerajaan itu tidak pernah mengalami kerugian ketika era pentadbirannya sebagai perdana menteri.

Khazanah telah menswastakan MAS dan menyuntik dana sebanyak RM6 bilion. Ia merupakan usaha Khazanah untuk menghidupkan semula syarikat penerbangan itu dan dipercayai syarikat pelaburan negara memiliki pegangan saham sebanyak 70 peratus dalam MAS.

Loading...