Kementerian Perhubungan Indonesia, dalam satu kenyataan malam ini berkata, ia berikutan kejadian terbaharu pesawat jenis itu, milik Ethiopian Airlines yang terhempas semalam dan mengorbankan 149 penumpang dan anak kapal.

Loading...

Pesawat jenis sama milik Lion Air terhempas pada 29 Oktober tahun lepas yang mengorbankan 189 penumpang dan anak kapal, sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.
Menurut kementerian itu, pemeriksaan akan bermula esok dan kesemua pesawat itu tidak dibenarkan melakukan penerbangan sehingga mendapat kelulusan pengawal penerbangan.

Syarikat penerbangan Indonesia yang menggunakan pesawat jenis itu ketika ini ialah PT Garuda Indonesia (sebuah pesawat) dan PT Lion Air sebanyak 10 pesawat. - Bernama