Header Ads

Kerjasama PAS-Umno tidak guna simbol baru


KUALA LUMPUR — Umno dan PAS hari ini mengumumkan kerjasama secara rasmi yang akan memfokuskan aspek penyatuan ummah, kata Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata kerjasama itu bukan gabungan Umno dan PAS sebagai parti baharu tetapi atas dasar kebersamaan terhadap isu-isu yang mempunyai asas kepada kedua-dua parti, selain tiada simbol baharu yang akan digunakan.

Loading...

“Umno dan PAS akan membawa hasil perbincangan hari ini ke peringkat rakan parti masing-masing.

“Kerjasama ini juga tidak akan meminggirkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan bersama antara beliau dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Mohamad yang menjalankan tugas-tugas Presiden Umno berkata mesyuarat itu turut membincangkan penubuhan Jawatankuasa Kerja Teknikal yang akan diwujudkan untuk memperincikan bentuk kerjasama seterusnya termasuk kerjasama dalam setiap Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan datang. — Bernama

No comments


Loading...