Header Ads

Kereta rasmi mufti perlis dibakar



KANGAR 22 Mac - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta semua pihak supaya tidak menimbulkan spekulasi liar mengenai kes kereta rasminya dibakar di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini, hari ini. 

Walau bagaimanapun, beliau tidak mengesyaki mana-mana individu dalam kejadian tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa melakukan siasatan.

Loading...

“Jika kata unsur sabotaj tanpa bukti boleh menimbulkan syak wasangka, kerana setakat ini kebakaran itu dipercayai bermula dari dalam kereta,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu, kereta rasmi Mohd. Asri musnah disyaki dibakar pihak tertentu semasa diletakkan di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati ia disyaki berpunca daripada perbuatan khianat ekoran kesan cermin belakang kenderaan yang dipecahkan selain penemuan botol berisi petrol untuk membakar.


Januari lalu, Mohd. Asri dalam video kuliahnya yang dikongsi dalam Facebooknya pernah mendedahkan ada kariah di salah sebuah masjid mengugut boleh melakukan sihir terhadap imam yang baru dilantik di masjid berkenaan.

Mohd. Asri dilaporkan berkata, situasi itu berlaku ketika mereka datang bertemunya bagi meminta supaya imam lama masjid berkenaan dikembalikan.

Isu tersebut bermula selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JHEAIPs) mengeluarkan surat pemecatan seramai 25 orang imam kariah di negeri ini manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan.

Sementara itu, Mohd. Asri berkata, beliau masih bersangka baik dalam kes berkenaan dan menyerahkan kepada pihak polis melakukan siasatan terperinci mengenainya.

“Saya kena tunggu laporan yang akan dikeluarkan oleh pihak polis dan forensik bomba dan mereka masih belum ada keputusan rasmi mengenainya.

“Setakat yang saya dengar daripada pasukan forensik yang datang ke rumah, mereka kata tidaklah menemukan sebarang unsur sabotaj buat masa ini dan kebakaran berpunca dari dalam kereta.

“Rumah saya memang pagar pun tidak tutup supaya senang orang datang terus ketuk pintu sahaja dan kebakaran itu pun disedari oleh isteri saya,” katanya. 

-memetik laporan utusan online 

No comments


Loading...