Mohamed Azmin yang juga ahli Majlis Tindakan Ekonomi dalam kenyataannya hari ini (semalam) berkata, majlis tersebut akan segera melaksanakan usaha mengurangkan kos sara hidup, memperkukuh pendapatan rakyat, membasmi kemiskinan dan meningkatkan tahap pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Loading...

"Pakatan Harapan (PH) juga akan menggandakan usaha melaksanakan perubahan sehingga menjadi sumber kekuatan rakyat.
"Kita harus berani melaksanakan janji-janji khususnya kepada masyarakat Melayu dan bumiputera yang merupakan bahagian integral agenda nasional dan kita akan melaksanakannya tanpa rasa apologetik atau bimbang terhadap kritikan luar," katanya.


Mohamed Azmin berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih merupakan mesej jelas daripada rakyat yang menuntut kerajaan PH segera bertindak menyelesaikan masalah dan kebajikan rakyat tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak. - Bernama