Header Ads

Keputusan mengejut Izzah mampu gugat PH di Rantau


Hasrat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar untuk tidak lagi menjadi wakil rakyat selepas berakhirnya penggal ini dilihat bakal menjejaskan peluang PH pada PRK Rantau, bulan hadapan.


Menurut penganalisis politik , Prof Dr Awang Azman Awang Pawi , keputusan mengejutkan Nurul Izzah kerana kecewa dengan PH itu akan memberikan kesan besar jika ia diperbesarkan oleh BN.


Loading...

"Kalau isu ini diperbesar-besarkan oleh BN dalam kempen PRK ini hingga menggugat keyakinan pengundi terhadap PKR dan PH maka ini akan menjejaskan peluang PKR untuk menang PRK.


"BN perlu melihat isu ini sebagai isu penting untuk berikan persepsi bahawa ada sesuatu yang tidak kena hingga keghairahan Nurul Izzah untuk terus berkecimpung dalam politik hilang," katanya kepada Sinar Harian.


Nurul Izzah semalam dalam kenyataannya mengumumkan beliau tidak akan bertanding lagi dalam PRU15.



Menurut laporan Straits Times Singapore, Nurul Izzah yang diberi gelaran Puteri Reformasi itu menyifatkan kerajaan PH mengambil langkah perlahan dalam pentadbiran negara.


Selain itu, Nurul Izzah berkata, beliau kecewa dengan obsesi kerajaan PH terhadap skandal 1MDB dan tidak memberi fokus terhadap isu sebenar.


Katanya, isu 1MDB hanya boleh digunakan buat sementara kerana selepas itu orang ramai mahukan keselesaan dan penambahbaikan dalam kehidupan seharian mereka.


-memetik laporan sinar harian

No comments


Loading...