Header Ads

Kecoh! Penyokong Najib bergelut dengan pelajar, Lokman Adam koyak poster


Sekumpulan mahasiswa bergelut dengan penyokong Datuk Seri Najib Razak di luar Restoran Amjal berdekatan pintu masuk Universiti Malaya.



Loading...
Mereka membawa karikatur badut muka bekas perdana menteri dan poster tertulis “Mana RM2.6bil?” dan “Pulangkan Duit Rakyat” serta melaungkan slogan anti-Najib, lapor Projek MM.
Kekecohan turut berlaku di hentian bas depan restoran  tempat Najib mengadakan sesi pertemuan “Sembang Santai Bersama Bosku” dengan kumpulan penyokongnya.

Bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Lokman Nor Adam juga terlibat dalam pergelutan dan dilihat cuba mengoyak karikatur yang dipamer seorang mahasiswa.
Beberapa anggota polis bergegas ke lokasi kejadian ketika berlaku. Sebelum itu, Najib bersolat Jumaat di Masjid ar-Rahman berhampiran pintu masuk universiti tersebut.

No comments


Loading...