Kambing dilantik sebagai datuk bandar

0
64



WASHINGTON – Seekor kambing baka Nubian dilantik sebagai datuk bandar bagi Fair Haven di Vermont, Amerika Syarikat (AS) selepas memenangi proses undian pada Selasa lalu.


Kambing betina yang diberi nama Lincoln berumur tiga tahun akan menggalas tugas berkenaan selama satu tahun di pekan yang mempunyai seramai 2,500 orang penduduk.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Proses undian pada Selasa lalu menyaksikan Lincoln menewaskan 15 lagi calon lain termasuk Crystal, seekor gerbil dan sekawan anjing serta ku­cing.


Lincoln menerima sebanyak 13 undi sekali gus menewaskan calon anjing, Sammie dengan 10 undi untuk memenangi pilihan raya itu. Seramai 53 penduduk di situ keluar untuk membuang undi.


Fair Haven tidak mempunyai datuk bandar rasmi tetapi Pengurus Bandar itu, Joseph Gunter, menjalankan tugas-tugas berkenaan.


Sewaktu Gunter membaca akhbar bahawa penduduk kampung di Omena, Michigan, memilih Sweet Tart iaitu seekor kucing sebagai ‘pegawai atasan’, dia mendapat idea sama untuk menganjurkan pilih­an raya bagi kutipan dana pembinaan sebuah taman permainan di sini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Kambing itu milik seorang guru sekolah subjek Matematik. Bagaimanapun, usaha mengutip dana bagi pembiayaan taman permainan itu cuma mencecah kutipan kira-kira AS$100 (RM409) iaitu AS$5 (RM20) bagi setiap calon yang bertanding.


Gunter tidak kecewa kerana dia menyatakan pilihan raya haiwan ‘adalah satu cara terbaik menarik kanak-kanak terlibat dalam kerajaan tempatan’.


Jumlah orang membuang undi didapati rendah namun, Gunter mengakui: “Ia mungkin disebabkan kali pertama, kami menjangkakan (jumlah undi) lebih baik pada tahun depan.” – AFP/Agensi

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here