Jufazli ‘dijemput’ polis kerana ‘hina PM’

0
73



Bekas ahli DAP dari Sabah, Jufazli Shi Ahmad dijemput oleh polis di rumahnya awal hari ini selepas laporan polis dibuat terhadapnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada beliau dijemput di Sandakan ataupun Kuala Lumpur.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengesahkan penangkapan itu, sumber polis berkata tidak jelas sama ada bekas ahli DAP itu akan direman lagi.
Sumber itu juga menafikan polis memerlukan waran tangkap dalam kes seperti ini kerana sudah ada laporan rasmi terhadap Jufazli.
Dalam siaran langsung di Facebooknya hari ini, Jufazli menunjukkan sekurang-kurangnya 4 anggota polis tiba di rumahnya untuk menjemput beliau.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, beliau enggan mengikuti pihak polis kerana mereka tidak mempunyai waran tangkap.
Video itu dilihat sebanyak 310,000 kali, menerima 33,000 komen dan dikongsi 6,669 kali.
Sekurang-kurangnya 1 laporan polis dibuat terhadap Jufazli kerana didakwa “menyerang” Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Dalam satu video berdurasi 58 minit, beliau menuduh Mahathir melakukan pelbagai jenayah, termasuk rasuah, salah guna kuasa dan membuat pakatan sulit dengan presiden PAS Hadi Awang dan bekas ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud.
“Saya tidak akan memberikan kerjasama penuh kepada polis jika mereka tidak mematuhi undang-undang dan prosedur mereka sendiri,” katanya dalam video tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Jufazli menjadi penyokong kuat kerajaan persekutuan yang baru sehingga awal bulan lalu dan memuji Mahathir dan kepimpinannya.

Bagaimanapun, beliau pendiriannya bertukar secara drastik sejak 24 Feb lalu dan menuduh Mahathir serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba melindungi Hadi dan bekas perdana menteri Najib Razak.
Laporan polis pertama dibuat di Tawau minggu ini oleh NGO tempatan dan sumber polis memberitahu FMT bahawa Jufazli mungkin dibawa ke Tawau hari ini. – FMT

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here