Header Ads

Jawab pantun MP BN, PM sindir kerjasama Umno-PAS


Tun Dr Mahathir Mohamad memulangkan paku buah keras dengan sindiran sinis kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat hari ini.

Loading...
Perdana Menteri menjawab pantun Datuk Seri Ismail Mohamad Said (BN-Kuala Krau) ketika sesi pertanyaan jawab lisan pagi ini, lapor Sinar Harian.
Mendapat giliran bertanya soalan pertama, Ismail memulakannya dengan membaca serangkap pantun. Ia berkaitan status terkini projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).


“Parti perdana menteri parti Bersatu, dah ramai wakil rakyat BN lompat Bersatu, niat PM nak kuatkan Bersatu, harap DAP jangan marahkan Bersatu.”

“Soalan saya nombor satu. Mohon jawapan kepada soalan nombor satu,” kata wakil rakyat BN, yang juga bekas timbalan speaker.
Dr Mahathir, yang juga pengerusi parti Bersatu, membalas pantun yang dituju kepadanya dengan sindiran sinis yang merujuk kepada kerjasama Umno dan PAS.
“Terima kasihlah kerana sokongan kepada parti Bersatu. Tapi ada orang yang tiru, nak bersatu dengan musuh mereka, yang mengkafirkan mereka.
“Mereka sekarang ini bekerjasama. Jadi tak tahulah sama ada kafir atau tidak,” katanya 

No comments


Loading...