Menurut kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya, Shukri Saad, jumlah itu termasuk anggaran nilai semasa RM9.5 juta bagi rumah milik Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat di Bukit Segambut di sini.

Loading...

Kediaman itu pada mulanya dibeli pada harga RM4.5 juta hasil daripada jualan rumah di Bukit Damansara pada 2005, kata kenyataan itu.
Turut diisytiharkan adalah sebidang tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang yang dibeli pada 1974 dengan harga RM7,000, dan tanah itu kini dianggarkan bernilai RM420,000. 
Kata kenyataan itu, harta selebihnya adalah daripada akaun-akaun pelaburan dan wang simpanan
berjumlah RM828,658.83.


"Dengan ini dimuktamadkan bahawa jumlah harta milik Anwar adalah bernilai RM10,748,658.83," katanya.
Kenyataan itu menarik perhatian bahawa Anwar telah menghantar perisytiharan harta kepada SPRM sebagaimana diminta kerajaan bagi semua ahli Kabinet dan ahli Parlimen Pakatan Harapan. - Bernama