Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, turut didakwa berhubung kes itu adalah dua anak lelakinya berumur 15 dan 17 tahun dan seorang lagi masih bebas pada pukul 2 petang ini.

Loading...

"Pihak Jabatan Peguam Negara mengeluarkan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan terhadap mereka.
"Tiga individu itu ditahan di kediaman mereka pukul 6.45 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilapor berkata, polis telah menyerahkan laporan siasatan hasil bedah siasat kedua Nazrin kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 22 Februari lepas.


Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Oktober 2018 membenarkan permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk membantu siasatan polis berhubung kematiannya itu.
Pada 3 Ogos tahun lepas, kematian Nazrin diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.
Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun tahun lepas yang pada mulanya dilaporkan sebagai berpunca daripada letupan telefon bimbitnya. - Bernama