Header Ads

Ikatan ikrar sokongan pada Dr Mahathir


Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hari ini menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha memperkukuhkan negara.
Presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata perkara itu dipersetujui dalam satu mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi Ikatan pada 12 Mac lepas.

Loading...
MU MGID UA
Loading...
“Kerajaan kini mempunyai beban yang sangat berat untuk mengembalikan kehebatan negara dan rakyat seperti masa dahulu.
“Kami di Ikatan telah pun memperjuangkan isu-isu yang sama (seperti dibawa Dr Mahathir) sejak tahun 2012. Oleh kerana itu, kami ingin membantu Dr Mahathir dalam mempermudahkan tugas dan amanah yang begitu berat ini,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Abdul Kadir sokongan Ikatan terhadap Dr Mahathir juga tidak bermakna mereka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Tiada cadangan untuk bergabung dengan Bersatu, sokongan ini hanya untuk kuatkan tangan Dr Mahathir sahaja dalam mengorak langkah memimpin negara seperti yang pernah dilakukan dulu,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai status Ikatan dalam Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai PAS, Abdul Kadir berkata keputusan hari ini tidak akan menjejaskan gagasan itu kerana setiap parti mempunyai hak untuk menyatakan sokongan pada mana-mana pihak.
“Gagasan Sejahtera ini tidak berdaftar dan ia hanya ditubuhkan sebelum pilihan raya lalu, apa yang diumumkan hari ni cuma solidariti pada Dr Mahathir.
“Kita juga tak perlu maklum pada PAS kerana semasa mereka berjumpa Dr Mahathir dan semasa umum kerjasama dengan Umno pun tidak maklum pada kita,” katanya.
- Bernama

No comments


Loading...