Header Ads

'I will be back!' - Najib


"InsyaAllah, I will be back (saya akan kembali)!" begitu kata-kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beliau berkunjung ke Terengganu baru-baru ini.

Najib mengakui beliau menerima sambutan mesra yang sangat luar biasa dari penduduknya ketika kunjungannya ke negeri di Pantai Timur itu.


Loading...
Menerusi posting di laman Facebook miliknya malam tadi, Najib berkata beliau turut merindui semua rakyat.

"Saya rindu semua rakyat. Walaupun sehari sahaja di sini, saya dapat rasakan sambutan dan kemesraan yang sangat luar biasa.

"Saya kongsi gambar suasana di Pantai Teluk Ketapang ini. InsyaAllah, I will be back! Hidup RAKYAT!," tulis beliau lagi.

Najib yang kini berdepan 42 pertuduhan di mahkamah melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bagaimanapun tidak menyatakan apakah beliau berhasrat untuk kembali menerajui negara atau sekadar mahu berkunjung sekali lagi ke negeri di Pantai Timur itu. - Malaysian Update

No comments


Loading...