Header Ads

Hartanah keluarga dibangunkan sebelum 1MDB wujud - Jho Low


Jutawan dalam buruan Low Taek Jho mempersoal sitaan terhadap rumah tiga tingkat milik ibunya di Tanjung Bungah Park, Pulau Pinang.

Loading...
“Hartanah keluarga Jho Low dibangunkan sekitar 20 tahun lalu ketika pentadbiran lama Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata jurucakap jutawan tersebut, lapor Projek MM.


“Lebih satu dekad lama sebelum 1MDB (1Malaysia Development Berhad) wujud dan Jho Low masih remaja ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Polis hari ini menyita kediaman bernilai RM15 juta dipercayai milik keluarga Jho Low berdasarkan notis bertarikh 17 Januari 2019 yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara, lapor The Star Online.

No comments


Loading...