Beliau berkata, berbeza dengan makanan yang memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), vaksin pula diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Loading...

"Apabila bercakap tentang vaksin, kita bercakap berkenaan kandungan digunakan. Ia tidak termasuk di bawah Jakim sebaliknya ada akta lain di bawah farmasi. 
"Walaupun vaksin mempunyai elemen meragukan, hukumnya adalah harus kerana pengambilannya penting demi kemaslahatan ummah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kad Rawatan Asnaf dan Kad Ibu Susuan di Hospital Pusrawi di sini hari ini. 

Sehubungan itu, Fuziah berkata, pembinaan kilang vaksin halal pertama di negara ini adalah sebagai satu langkah alternatif, sekali gus menjadi sumbangan terbesar kepada umat Islam secara keseluruhannya. - Bernama