Header Ads

Dua lelaki bakar kereta mufti Perlis dikesan melalui CCTV jiran


Dua lelaki yang disyaki membakar kereta rasmi mufti Perlis dikesan polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jiran agamawan itu.

Ketua polis Perlis berkata kedua-dua suspek dikesan memasuki kawasan kejiranan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada jam 5.12 pagi, lapor Berita Harian.

Loading...

“Salah seorang daripada suspek turut dirakam melalui CCTV sedang membeli petrol di sebuah stesen minyak berdekatan rumah Mohd Asri pada jam 3.30 pagi dengan menaiki kereta.

“Suspek yang memandu kereta menggunakan nombor pendaftaran palsu dilihat mengisi minyak ke dalam tong yang diperbuat daripada plastik,” kata Datuk Noor Mushar Mohd.

Kereta Honda Accord hitam dibakar di kediaman Asri di Jalan Persiaran Wawasan pada 5.45 pagi tadi. Polis mengesyaki cermin kereta pecah akibat dibaling botol berisi petrol.

No comments


Loading...
loading...