Header Ads

Dr M: 'Dia pilih parti k'jaan, apa kita boleh buat?'


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan tetap diketuai oleh Ronald Kiandee.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata kerajaan telah memenuhi manifesto pilihan raya dengan melantik Ronald ke jawatan itu ketika pemimpin itu bersama pembangkang.

Loading...
"Tetapi kalau dia pilih nak masuk parti kerajaan, apa kita boleh buat? Bukan dia dipilih daripada parti kerajaan, dia dipilih daripada parti lawan," katanya kepada media ketika menghadiri sebuah majlis di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata semua komponen dalam PH bersetuju bahawa Ronald, yang menyertai Bersatu semalam, akan terus mempengerusikan PAC.
Semalam, pemimpin PH, Hannah Yeoh dan Nurul Izzah Anwar menggesa agar PAC dipengerusikan oleh anggota parlimen pembangkang seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH pada PRU lalu.

Yeoh, yang juga timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat mendesak Parlimen meminda Perintah Tetap untuk mewajibkan PAC dipengerusikan oleh seorang pemimpin pembangkang.
Ketika menjadi speaker DUN Selangor, Yeoh menggesa pindaan yang sama dalam Perintah Tetap DUN di mana PAC negeri dipengerusikan oleh pemimpin pembangkang negeri. - Malaysiakini

Loading...