Header Ads

Bukan pertama kali kata Tun M diktator - Nurul Izzah


KUALA LUMPUR, 26 Mac — Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya yang melabel Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘bekas diktator’.

Loading...

“Ia adalah fakta, saya pernah katakan sebelum pilihan raya dan mengulanginya kalau tak salah semasa demonstrasi Bersih 3.0 atau 4.0,” kata wakil rakyat Permatang Pauh dalam sidang media di parlimen hari ini.

Anak presiden PKR Datuk Seri Anwar ibrahim ketika diwawancara akhbar Singapura The Straits Times baru-baru ini mengaku berdepan kesukaran ketika bekerja dengan perdana menteri.


“Saya tak faham kenapa ia menjadi satu masalah apabila saya sampaikan pada ruang perbincangan yang berbeza walaupun mesejnya sama,” katanya lagi.

No comments


Loading...