Header Ads

BN menang PRK Semenyih

   Zakaria


HULU LANGAT - Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi meraih 19,780 undi bagi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. 

Loading...

Zakaria mendapat majoriti 1,914 undi bagi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang mendapat 17,866 undi dan calon Bebas iaitu Kuan Chee Heng (725 undi) serta Nik Aziz Afiq Abdul dari Parti Sosialis Malaysia (847 undi). 
Pegawai Pengurus PRK DUN Semenyih, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar berkata, jumlah undi yang ditolak adalah 650 undi manakala peratusan pengundian berbanding jumlah pemilih adalah 73.24 peratus.

"Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa Zakaria Hanafi dari BN telah dipilih sebagai sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Semenyih," katanya di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian di sini hari ini. 
-kosmo online

Loading...