Header Ads

Biar Ronald ketua PAC, Nurul Izzah letak jawatan anggota PAC?


Wakil rakyat Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Keputusan beliau dibuat ekoran wujud “ketidaksefahaman Pakatan Harapan mengenai pemilihan kepimpinan PAC”, lapor Malaysiakini.


Loading...
Sebelum ini, beliau mahu jawatan itu diisi pembangkang demi memastikan kebertanggungjawaban eksekutif dan sejajar dengan janji Pakatan Harapan.

Bagaimanapun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  mengekalkan Datuk Seri Ronald Kiandee yang telah menyertai Bersatu, sebagai pengerusi PAC.

Pada Disember lalu, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melepaskan jawatan sebagai naib presiden PKR.

Nurul Izzah sebelum ini mengkritik langkah kerajaan menyerahkan jawatan pengerusi PAC kepada wakil kerajaan.


"Pengerusi PAC harus diisi oleh pembangkang untuk memastikan kebertanggungjawaban pihak eksekutif.

"Speaker sekarang jelas memiliki niat untuk melakukan pembaharuan isntitusi - untuk memastikan Parlimen berada pada kedudukan yang sama dengan eksekutif. Akan ingatkan beliau untuk turut berbuat demikian terhadap PAC," kata anggota Parlimen Permatang Pauh itu minggu lalu.

Disember lalu, Nurul Izzah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR.

No comments


Loading...