Header Ads

Berita palsu: Pejabat Menteri Kewangan lapor polis


Pejabat Menteri Kewangan membuat laporan polis semalam berhubung penyebaran maklumat palsu dalam bentuk berita membabitkan Lim Guan Eng.

Setiausaha Akhbar Menteri Kewangan Lutfi Hakim berkata penyebaran maklumat itu jelas dengan tujuan menimbulkan kekeliruan dan kemarahan orang ramai, lapor Malaysiakini hari ini.

Loading...

"Mesej berita palsu yang disebarkan seringkali menggunakan nama dan reka bentuk akhbar tempatan untuk mengelirukan orang ramai.

"Ia palsu dan untuk memfitnah Lim kerana beliau tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan seperti yang disebarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut melampirkan gambar beberapa mesej yang dikatakan telah disebarkan, antaranya:

Malaysiakini - Melayu jangan terlalu mengemis dengan kerajaan

Astro Awani - Agong tiada hak tolak nama Peguam Negara PH

RoketKini.com - Terlalu banyak kepincangan dalam hukum Islam di seluruh dunia

Lutfi berkata laporan dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Loading...