Header Ads

Beku tujuh akaun bapa, Jho Low tuduh PM salah guna kuasa

Foto oleh FMT

Low Taek Jho menuduh kerajaan menyalah guna kuasa selepas membekukan tujuh akaun bank bapanya yang didakwa terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Ahli perniagaan yang lebih dikenali Jho Low melalui jurucakapnya, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini tidak pernah menyita rumah mewah keluarganya di Pulau Pinang, lapor Projek MM.

Loading...

Sebaliknya suspek utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menuduh Pakatan Harapan melakukan “gangguan dan pendakwaan politik” terhadapnya.

“Sekali lagi, rejim Mahathir tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang dan secara jelas menyalahgunakan kuasa dengan mengeksploitasi Pejabat Peguam Negara.

“Polis pula terpaksa menyerang musuh dan melaksanakan arahan peribadi rejim Mahathir,” kata jurucakap Jho Low atau Low Taek Jho dalam satu kenyataan.

Suspek 1MDB itu menegaskan sekali lagi beliau dihukum melalui perbicaraaan di media dan yakin beliau tidak mungkin menerima perbicaraan yang adil di Malaysia.

Semalam pihak berkuasa telah membekukan akaun bapa Tan Sri Larry Low, berjumlah RM48 juta dipercayai daripada dana 1MDB.

No comments


Loading...