Header Ads

Bantah PM kekalkan Kiandee, Ahli PAC dari BN dan PAS akan letak jawatan


Anggota parlimen BN dan PAS dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata mereka akan meletakkan jawatan daripada jawatankuasa itu sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan mengekalkan Ronald Kiandee sebagai pengerusinya.

Bercakap dalam sidang media di Parlimen hari ini, ketua pembangkang Ismail Sabri Yaakob berkata ia sehinggalah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menimbang semula keputusannya itu dan memilih pengerusi baru di kalangan pembangkang.

Loading...

Ismail berkata ia selari dengan janji dalam manifesto PH untuk melantik pembangkang mengetuai jawatankuasa itu.

"Keputusan daripada perjumpaan ahli Parlimen BN, kita cadang Noraini Ahmad (ahli Parlimen Parit Sulong) untuk jadi pengerusi.

"Surat daripada BN dah dikeluarkan pada 1 Mac, (telah) maklumkan kepada speaker (tapi) tak ada respons, sehingga kenyataan perdana menteri kekalkan Ronald Kiandee," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurut portal Malaysiakini lagi, Ismail yang juga ahli Parlimen Bera itu turut berkata kenyataan Dr Mahathir yang meminta Kiandee untuk kekal memegang jawatan sebagai pengerusi PAC adalah bertentangan dengan manifesto PH pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

"Maknanya PH ada kuasa sepenuhnya dalam PAC, sedangkan tujuan dilantik daripada pembangkang supaya PAC boleh semak imbang lebih berkesan untuk lihat kes tertentu lihat daripada kerajaan.

"Kita nampak ini satu penyelewengan daripada janji walaupun kita tahu janji lain tak ditepati, transformasi Parlimen ini diharapkan pengerusi PAC diberikan kepada pembangkang.

"Semua ahli PAC pembangkang letak jawatan dan berikan sepenuh kuasa kepada kerajaan. Kita tidak akan berada dalam PAC sehingga kerajaan berikan jawatan pengerusi daripada pembangkang," katanya.

Susulan itu, pembangkang mencadangkan agar Kiandee yang telah menyertai Bersatu digantikan dengan Noraini, yang juga merupakan ketua Wanita Umno.

Beberapa pemimpin PH termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim, Hannah Yeoh, Nurul Izzah Anwar dan Sim Tze Tzin turut menggesa agar PH berpegang pada janji manifesto berhubung perkara itu.

No comments


Loading...