Header Ads

Azmin kritik Nurul Izzah tak tahan cabaran: 'Jika tak mampu tahan panas, keluar dapur'


Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat mengkritik Nurul Izzah Anwar sebagai “budak merengek” dipercayai susulan beberapa kenyataan ahli parlimen Permatang Pauh kebelakangan ini.

“Negara ini memerlukan individu yang sanggup mendepani segala kegetiran sepanjang perjuangan, bukan budak merengek,” katanya dalam bahasa Inggeris di Twitter malam tadi tanpa menyebut nama sesiapa, lapor Projek MM hari ini.


Loading...

“Apapun cabarannya, kita mesti terus melaluinya. Jika tidak mampu tahan panas, keluar dapur,” kata timbalan presiden PKR.

Kenyataan menteri hal ehwal ekonomi tidak lama selepas Nurul Izzah membuat beberapa pengumuman yang membayangkan pengundurannya dari kegiatan politik.

Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan penggal ini adalah yang terakhir sebagai wakil rakyat selain melepas semua jawatan politik. Terbaru, beliau meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).



Semalam, Nurul Izzah mengeluh dengan perkembangan politik di Malaysia yang dianggapnya sebagai “huru-hara” dalam wawancara dengan akhbar Singapura.

Beliau juga ada menyebut kekecewaan dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin PKR N Surendran dengan melampir pautan wawancara Nurul Izzah dengan Straits Times di Twitter malam tadi turut mengkritik tindakan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim.

No comments


Loading...