Header Ads

Azmin ke Pekan Rabu tinjau songkok 'gaya Tun M'

Foto FB Azmin Ali

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali sempat berkunjung ke Kompleks Pekan Rabu di Alor Setar sempena lawatannya ke Kedah, hari ini.

Loading...
Mohamed Azmin diiringi Menteri Besar Mukhriz Dr Mahathir bersama beberapa barisan exco kerajaan negeri kemudian disambut oleh orang ramai yang berada di situ.
Sebaik memasuki premis menjual songkok, Mohamed Azmin berkata beliau amat tertarik untuk ke kompleks Pekan Rabu disebabkan untuk melihat sendiri songkok “Style Tun” yang diusahakan Sardi Dahar, 61, secara dekat di tingkat bawah kompleks berkenaan.



“Saya datang sini nak tengok songkok “Style Tun”, apa yang saya lihat songkok ini berkualiti dan boleh dilipat dan ia sesuatu yang inovatif dan lain dari yang lain,” kata beliau.

Mohamed Azmin kemudian sempat bertanyakan keunikan songkok yang selalu di pakai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mengukur lilitan kepalanya sebelum membuat tempahan.
Beliau kemudian naik ke tingkat tiga kompleks itu untuk membeli pelbagai aneka jenis kuih yang dijual antaranya dodol, bahulu dan kuih karas.



Mohamed Azmin menghabiskan masa kira-kira 30 minit melawat peniaga di premis-premis kompleks berkenaan sebelum beredar meninggalkan kompleks tersebut pada 6.20 petang.
Mohamed Azmin berada di Kedah selama dua hari bermula hari ini dalam lawatan kerja ke negeri ini dan esok beliau dijadualkan merasmikan Majlis Aspirasi Pekebun Kecil dekat Baling.
Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai dan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darulaman di Alor Setar pagi tadi yang turut dihadiri Mukhriz. - Bernama

No comments


Loading...