Header Ads

Anwar tegur Azmin, tumpukan perhatian pada hal ehwal ekonomi


Datuk Seri Azmin Ali sepatutnya menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai menteri hal ehwal ekonomi, kata presiden PKR.
Mempertahankan anak perempuannya Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerana sekurang-kurangnya wakil rakyat Permatang Pauh itu cukup berani menyatakan pendiriannya, lapor Projek MM.

Loading...
“Saya fikir dia (Azmin) perlu juga mententeramkan dirinya sedikit; saya rasa dia harus sentiasa memberi tumpuan kepada isu-isu utama.
“Ada orang yang ingin melindungi prinsip dan cita-cita; (kemudian) ada orang yang hanya berupaya mempertahankan kedudukan mereka dengan apa cara sekalipun,” katanya.


Nurul Izzah meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) minggu lalu ekoran isu kedudukan pengerusi yang disandang Datuk Seri Ronald Kiandee.

Beliau turut mengumumkan rancangan untuk meninggalkan politik selepas tamat penggal ini kerana kecewa dengan pentadbiran PH.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR kemudian memuat naik status di Twitter secara tersirat, walau tidak menyebut mana-mana nama, menyifatkan Nurul Izzah sebagai ‘budak merengek’.

No comments


Loading...