Header Ads

AJK kanan kuil bergelar Tan Sri ditahan SPRM


Seorang ahli jawatan kuasa (AJK) kanan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam di Kuala Lumpur ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan berhubung pembangunan sebidang tanah dimiliki kuil berkenaan.

Loading...

Suspek bergelar Tan Sri tersebut ditahan di kediaman suspek Kota Damansara pada pukul 7.45 petang, lapor Kosmo Online.

Difahamkan, pegawai penyiasat suruhanjaya itu menggeledah beberapa dokumen di dalam bilik tidur selain dua kereta mewah di kediaman tersebut.

Selain itu, mereka turut merampas dokumen di pejabat kuil yang terletak di Batu Caves.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan penahanan itu.

Loading...