Header Ads

8 pegawai penjara ditahan SPRM disyaki rasuah


GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan lapan pegawai penjara dan seorang pemandu kenderaan warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima wang suapan berjumlah RM120,000.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah yang mengesahkan penahanan itu hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.

Loading...

Sebelum itu, Bernama difahamkan kesemua pegawai penjara berusia di antara 25 dan 44 tahun tersebut ditahan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Pahang di antara jam 9.45 pagi dan 10.30 pagi kerana dipercayai menerima wang suapan itu dari seorang pemandu kenderaan warga Indonesia berumur 45 tahun.

Pemandu itu dikatakan memberi wang suapan itu sebagai balasan supaya pegawai penjara tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana membawa masuk barangan terlarang ke dalam penjara.


SPRM dijangka akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di mahkamah esok bagi meneruskan siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.- Bernama

Loading...