Muhyiddin berkata, ia berdasarkan nasihat Peguam Negara, Tommy Thomas kepadanya menerusi satu surat rasmi beberapa hari lepas yang memaklumkan Roger mempunyai kes di bawah undang-undang Malaysia dan akan didengar di mahkamah negara ini  bulan depan.

Loading...
"Jadi berkemungkinan ekstradisi Roger akan dilaksana lewat sedikit kerana perlu utamakan kes yang ada di Malaysia.  Itu nasihat peguam negara," katanya ketika diminta mengulas mengenai ekstradisi Ng selepas majlis sambutan ulang tahun ke-47 Jabatan Sukarelawan Malaysia di kementeriannya di sini hari ini.
Pada 15 Februari, Roger yang nama penuhnya Ng Chong Hwa, 47, dilaporkan bersetuju untuk diekstradisi ke AS bagi menghadapi  tiga pertuduhan berhubung 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) di mahkamah negara itu. Hakim M. M. Edwin Paramjothy membenarkan permohonan Roger selaku responden ketika sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Roger yang kini direman di bawah Akta Ekstradisi 1992 (Akta 476) memohon untuk dikecualikan daripada menghadapi prosiding diekstradisi yang dikemukakan oleh kerajaan terhadapnya. - Bernama