Header Ads

Usaha 'detox' projek Tun Razak Exchange (TRX) menarik minat pelabur

    Foto oleh Bernama

KUALA LUMPUR – Hasil usaha 'detox' atau 'pembersihan' yang dilakukan Kementerian Kewangan terhadap projek Tun Razak Exchange (TRX) yang terpalit dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjaya menjadikan projek itu menarik minat para pelabur, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata selepas usaha “detox” itu, TRX Exchange kini adalah projek bebas rasuah yang mendapat kepercayaan pelabur dari dalam dan luar negara.

Loading...

“Ini dibuktikan dengan pelaburan RM2.15 bilion menerusi syarikat usaha sama Lendlease, syarikat pemaju dari Australia dan TRX City Sdn Bhd.

“Saya percaya lebih banyak pelabur akan tertarik dengan projek ini yang boleh menjadi satu projek global bertaraf antarabangsa selepas dibersihkan daripada isu-isu berkaitan 1MDB,” katanya dalam entri terbaru di Facebook beliau hari ini.

Lim berkata usaha “detox” yang dilakukan merangkumi tindakan mengenal pasti, mengasingkan dan kuarantin unsur-unsur penyelewengan, salah guna kuasa dan salah laku berkaitan 1MDB oleh pemimpin-pemimpin kerajaan terdahulu.


Pada Selasa, beliau melancarkan TRX Lifestyle Quarter dan menyaksikan majlis menandatangani kemudahan pembiayaan RM2.15 bilion melibatkan HSBC Malaysia, Standard Chartered Bank Malaysia, Malayan Banking Bhd dan Sumitomo Mitsui Banking Corporation.

Lim berkata pembiayaan tersebut diperolehi susulan bank-bank antarabangsa tersebut yakin dana yang digunakan adalah untuk tujuan sepatutnya di bawah pentadbiran bersih kerajaan PH.

- Bernama
Loading...

No comments


Loading...