Header Ads

Tun Mahathir sedia tukar parti jika ada pemimpin PH belot, tidak setia pada Negara

Foto oleh Berita Harian

Perdana Menteri, Tun  Dr. Mahathir Mohamad  berseloroh bersedia tukar parti lain sekiranya mendapati ada anggota parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) membelot.

“Saya dahulu parti UMNO. Kini saya bersama DAP, PKR serta Parti Amanah Negara (Amanah).

Loading...


“Kalau parti-parti dalam PH ini membelot dan tidak setia kepada negara, saya akan tukar kepada parti lain,” ujar Mahathir lagi seperti dilapor Malaysia Gazette.

Tambah Mahathir, beliau boleh berubah-ubah bukan tetap selamanya.

Sebelum itu dalam sidang media yang sama, beliau mengumumkan seramai tujuh bekas ahli parlimen yang merupakan bekas pemimpin UMNO menyerahkan borang menyertai Bersatu.



Antara yang diterima menyertai parti itu sebagai ahli biasa, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Dalam masa yang sama, Mahathir mengakui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai parti yang mewakili kaum Melayu dan bumiputera di negara ini.

Beliau melihat kaum tersebut masih tidak selamat jika tidak mempunyai jumlah perwakilan tertentu dalam parti gabungan dan kerajaan.

“Peranan kita adalah untuk memastikan kepentingan mereka terpelihara dalam masa kita bekerjasama dengan parti-parti lain yang berbilang kaum termasuk DAP,” katanya pada sidang media hari ini.


Loading...

No comments


Loading...