Header Ads

Tular gambar kanak-kanak didera, suami isteri diberkas


Seksa seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berakhir apabila bapa tiri dan ibu kandungnya diberkas polis dalam kejadian di Kampung Majidee di sini, semalam.

Suspek lelaki dan isterinya warganegara asing itu ditahan susulan satu laporan pada pukul 11.33 pagi dibuat sebelum tangakapan dilakukan di sebuah rumah.

Loading...


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera, lapor Kosmo Online.

"Siasatan awal ke atas tangkapan ini, kedua-duanya adalah merupakan sepasang suami isteri dan soal siasat yang dijalankan mengaku bahawa mereka telah melakukan penderaan terhadap kanak-kanak ini sejak 2 tahun kebelakangan.

"Mangsa kini sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan di salah sebuah hospital di Johor Bahru," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Terdahulu gambar seorang kanak-kanak dipercayai mangsa dera tular sejak petang semalam dengan keadaan badannya penuh dengan kesan luka dan melecur.


Loading...