Beliau berkata, walaupun negara memiliki masyarakat berbilang kaum dan agama, namun rakyatnya tidak bermusuh sesama sendiri sebaliknya bekerjasama meraikan bersama hari kebesaran masing-masing.

Loading...

Misalnya, katanya, jumlah kehadiran ramai pada sambutan Tahun Baru Cina di sini menunjukkan perasaan persahabatan dalam kalangan rakyat Malaysia bukan terhad kepada pemimpin sahaja malah semua rakyat.
Beliau berkata, walaupun menganuti agama yang sama, rakyat kebanyakan negara lain tidak dapat hidup dengan aman kerana tiada sikap toleransi sehingga mengakbitkan negara itu dilanda peperangan dan ramai rakyatnya terbunuh.
Beliau berkata demikan ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Tahun Baru Cina 2019 di Dataran Centrio di sini malam ini.
Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, beberapa barisan ahli Parlimen, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan barisan exco kerajaan negeri. 
- Bernama