Header Ads

Selepas Syed Saddiq kecewa 'dibabikan' seorang usahawan, pemilik jenama Hausboom tampil mohon maaf, padam tulisan Facebook


TERBARU pemilik jenama minuman tempatan Hausboom dilihat telah memadam kenyataan di Facebook yang menggunakan bahasa kesat kepada menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kenyataan menerusi Facebook yang ditulis malam tadi, Azri Zahier Azmi memohon maaf kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas kekasaran bahasanya mengenai janji menteri berkenaan yang didakwanya tidak ditunaikan.

Loading...


Pemilik jenama air Hausboom, Azri Zahier Azmi(kanan) sebelum ini dilaporkan kecewa dengan layanan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

“Setahun, bajet kami ratusan ribu botol untuk diberi percuma. Ia juga bukan isu ‘menteri tidak tolong’ kami. Wallahi kami tidak kisah pun. Kami tahu bisnes ini lain permainannya.

“Isunya adalah janji dan harapan yang diberi. Bukan kepada aku seorang, ada banyak lagi yang diberikan janji sama.

“Cuma mereka memilih untuk berdiam diri dan telan sahaja butir pasir yang disuapkan,” tulisnya di Facebook lagi.

Beliau bagaimanapun mengaku menteri itu hanya terhutang RM192 sahaja.

“Pada aku, kalau tidak boleh kotakan janji pun tidak apalah. Bayar sahaja kos tajaan itu. Bukan banyak mana pun kepada sebuah kementerian, RM192 sahaja.”



“saya sejujurnya memohon maaf atas kekasaran bahasa” kepada Syed Saddiq dengan menjelaskan tindakannya akibat terlalu marah.

“Ramai sahaja usahawan mengucapkan terima kasih sebab jadi wakil meluahkan isi hati semua. Tetapi tidak apalah. Nasi sudah jadi bubur.

“Aku mengaku salah aku menggunakan bahasa yang kasar. Bak kata Chef Wan, ‘dirasuk syaitan’,” tulis pemilik jenama Hausboom itu lagi.

Sehingga kini Hausboom dilaporkan telah berjaya melebarkan sayap ke tujuh buah negara.

Kenyataan Azri Zahier itu dibuat tidak lama selepas Syed Saddiq melahirkan rasa kecewanya di Twitter dicaci sebegitu rupa dengan perkataan yang tidak sepatutnya.

Dalam posting tersebut Syed Saddiq turut menjelaskan mengenai dakwaan kementeriannya menipu usahawan tempatan.

Syed Saddiq berkata beliau telah membawa minuman itu ke kabinet dan bertemu Tan Sri Vincent Tan untuk membolehkannya dijual di rangkaian 7-Eleven milik ahli perniagaan itu.
“Sesen pun saya tidak terima. Kredit ke atas kejayaan pun saya tidak ambil. Pemilihan pun dibuat oleh jawatankuasa bebas. Niat saya ikhlas untuk membantu produk anak muda,” tulis Syed Saddiq di twitternya. - Malaysian Update

Loading...

No comments


Loading...