Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosilah Yop membenarkan saman tersebut  ditarik balik seterusnya membatalkan saman plaintif  tanpa kebebasan untuknya menfailkan semula.

Loading...

Rosilah turut memerintahkan Beng Siang, 42, selaku plaintif  membayar kos terhadap Guan Eng selaku defendan sebanyak RM40,000.
Kes itu sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan yang dijadual bermula pada hari ini.
Terdahulu pada prosiding kes itu peguam V.Amareson yang mewakili Beng Siang berkata, pihaknya bersetuju untuk menarik balik saman berkenaan tanpa kebebasan untuk menfailkan semula dengan kos ditentukan oleh mahkamah.
Bagaimanapun peguam Simon Murali yang mewakili Guan Eng memohon kos RM80,000 diberikan kepada defendan atas alasan semasa saman itu difailkan, defendan ketika itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan kini Guan Eng adalah Menteri Kewangan.

"Permohonan untuk menarik balik telah dibuat pada hari kedua perbicaraan selepas defendan (Guan Eng)  telah membuat persediaan termasuk memanggil saksi-saksi.
Kes ini penting  kerana kedudukan Guan Eng sekarang sebagai Menteri Kewangan. Defendan harus mempertahankan dirinya kerana jika Beng Siang berjaya dalam tuntutan ini, ia akan mencemarkan reputasi Guan Eng dan kredibilitinya sebagai Menteri Kewangan. Oleh itu defendan harus mempertahankan diri , Banyak pihak terlibat dalam penyediaan kes ini," katanya.
Bagaimanapun Amareson berkata Beng Siang hanyalah seorang wartawan dan mempunyai pendapatan RM3,000 sebulan dan dengan penarikan saman tersebut membolehkan plaintif menumpukan tugasnya sebagai Menteri Kabinet.
Pada 17 Mac 2017, Beng Siang menfailkan saman itu terhadap Guan Eng dengan mendakwa defendan telah menfitnahnya menerusi laman sosial Facebook bekas Ketua Menteri berkenaan. - Bernama