Timbalan Presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata, Pas menganggap isu dana RM90 juta yang didakwa diterima daripada UMNO itu telah selesai selepas semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap akaun rasmi parti mendapati dana tersebut tidak wujud. 

Loading...

"Kami berterima kasih kepada SPRM yang membersihkan isu ini melalui siasatan, ternyata ia fitnah dan satu pembohongan kerana Pas tidak terlibat dengan isu ini.
"Begitu juga isu rakaman suara Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, kita anggap ia isu kecil," katanya kepada pemberita selepas Forum Murabbi Ummah di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad lV di malam tadi.


Sebelum ini, sebuah portal berita yang memetik sumber SPRM melaporkan siasatan badan itu mendapati tiada dana daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) disalurkan ke akaun rasmi Pas. 
- Bernama