Beliau berkata, cadangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali yang mahu sebuah hospital dibina di kawasan itu perlu lebih munasabah.

Loading...
"Sesiapa sahaja boleh buat janji tetapi kami mengharapkan janji-janji itu lebih munasabah. Membina hospital bukan seperti membina mana-mana premis. Kementerian perlu mengambil perhatian dari segi keperluan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan," katanya.
Muhammad Aiman dilaporkan menjadikan pembinaan hospital sebagai agenda utama jika menang PRK itu memandangkan ia merupakan permasalahan paling banyak diutarakan masyarakat setempat.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina kementeriannya di sini hari ini, Dzulkefly berkata, Muhammad Aiman boleh mengesyorkan tetapi keputusan kementerian dibuat selepas beberapa syarat yang ditetapkan dipenuhi.
 - Bernama