Header Ads

PM sahkan kerajaan setuju tubuh RCI siasat dakwaan hakim


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan hakiim Hamid Sultan Abu Bakcer.

"Kerajaan akan menubuhkan RCI dan terserah kepada mereka untuk menyiasat dakwaan yang dibuat hakim berkenaan," katanya kepada media hari ini.

Loading...

Beliau ditemui wartawan di bangunan Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Namun perdana menteri terma rujukan RCI berkenaan belum diputuskan.

Sebelum ini Hamid Sultan mendakwa ada anggota Badan Kehakiman bersubahat dengan individu tertentu untuk menipu kerajaan.

Menurut laporan Malaysiakini, beliau mendakwa ada hakim tertentu yang bekerjasama dengan pihak swasta untuk menipu wang rakyat.

"Saya memberikan contoh. Kerajaan akan membuat kontrak dengan seorang penama politik tanpa hasrat untuk menghormatinya.

"Selanjutnya kerajaan akan menamatkan kontrak tersebut dan penama akan menyaman kerajaan kerana melanggar kontrak.

"Kerajaan boleh merekodkan penghakiman persetujuan yang menerima liabiliti dan bersetuju untuk menilai ganti rugi," katanya.

Hamid mendakwa, salah seorang hakim tertinggi menyatakan kebimbangannya terhadap PH - ketika itu masih menjadi pembangkang - kerana kemenangan gabungan terbabit mungkin mengheret dia dan sekutunya ke tribunal.

Pendedahan Hamid itu dibuat melalui afidavit sokongan terhadap permohonan peguam Sangeet Kaur Deo bagi mengisytiharkan ketua hakim negara gagal mempertahankan integriti dan kredibiliti badan kehakiman.

Loading...